Home | Facebook | Instagram |

Monday 20 February 2017

Kari Kepala Ikan

  Assalamualaikum dan selamat datang semua. haaa,hari ini nak share tentang resepi kari kepala Ikan. Bab memasak ni memang antara hobi yang saya buat. Selain aktiviti-aktiviti lasak,memasak pun saya tahu tauuu...acecece. (angkat bakul sendiri pulak) . Bukan apa,zaman sekarang ni tak ramai lelaki yang pandai masak. Ok,Jom tengok resepi ni.









Bahan-bahan ;

Kepala ikan merah

Ditumbuk
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 biji bawang besar

Tumis
3 sudu  besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kulit kayu manis
sedikit daun kari
2 kuntum bunga lawang

Bahan lain
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah gulai ikan
1 sudu besar serbuk cili
7 batang bendi
1 biji tomato potong 4
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat;

bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste pekat.
Panaskan minyak,masukkan bahan ditumbuk dengan bunga lawang,daun kari,kayu manis dan halba campur hingga naik bau.
masukkan paste serbuk kari dan cili,tumis sehingga pecah minyak,kemudian masukkan ikan,tutup
selama 3 minit.
masukkan 2 cawan santan cair,biarkan sehingga mendidih,kemudian masukkan satu cawan santan pekat,garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali,masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
Siap dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment